What Does She Expect Better?



Antara debu-debu kaca dan permata...
Duhai wanita,
Peliharalah dirimu...
Pelihara iman di dadamu..
Jangan biarkan dirimu yang suci dicemari kehinaan dunia..

Tak mengapa susah di sini...
Kerana di akhirat kau bakal beroleh syurga dengan rahmatNya...
Syurga...
Di dalamnya tiada lagi penat lelah...
tiada lagi penderitaan..
Kau bakal beristirehat selama-lamanya..
Di bawah keindahan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..
Pakaianmu dari sundus dan istabraq..
iaitu sutera halus dan sutera tebal kehijauan..

Tak cukup lagikah syurga untukmu, wahai wanita-wanita sekalian?
Apa lagi yang lebih baik dari syurga?

Oh Tuhan!
Pelihara kami dari fitnah ini..
Pelihara hati kami agar tak terpesong dan tak terpedaya dengan nikmat dunia..

Sahabat,
Kala aku jauh dari tuhan,
janganlah kau membenci aku,
tapi sayangilah aku,
tarik aku sekuat-kuat hatimu..
untuk bersamamu semula..
Aku manusia biasa, yang selalu leka..
dan aku masih lagi bertatih...



Jangan biar dirimu jadi fitnah dunia!

Hati Bahagia


Assalamualaikum warahmatullah..

Sudah lama rasanya tidak menulis.. Dan sudah lama jugalah blog ni terbiar tanpa 'cerita'.. Nak kata malas, tidak juga.. Nak kata sibuk, hmm...sibuk dengan apa ye? Mungkin dengan dunia... Sudah lama hati ini tidak diberi makan... Walaupun jasad dan otak keletihan menerima suapan demi suapan... Jasad sibuk minta diisi dengan makanan-makanan sedap, otak pula dengan buku-buku pelajaran... Hati...kesian...dibiarkan lapar... Nafsukah yang menghalang hati yang lapar mencari makanannya? Atau hati ini sudah mati? Nauzubillah...

Teringat sebuah kisah Imam Hassan al-Basri, yang mana pada suatu ketika dia ditanya mengapa dia sentiasa gembira dan tenang...

Jawab Imam Hassan al-Basri...

قال الحسن البصري ؛ علمت أن رزقي لن يأخذه أحد غيري فأطمئن قلبي, وعلمت أن عملي لن يقوم به غيري فاجتهدت فيه, وعلمت أنّ الله مطلع عليّ في كل لحظة فخشيت أن يراني على معصية, وعلمت انّ الموت ينتظرني فأعددت نفسي للقاء اللّه

Maksudnya lebih kurang begini:
"Aku tahu tiada sesiapa pun yang akan mengambil dariku rezekiku, maka hatiku tenang. Dan aku tahu amalanku dan ibadahku takkan terlaksana melainkan dengan diriku sendiri, maka aku bersungguh melaksanakannya. Dan aku tahu sesungguhnya Allah sentiasa melihatku setiap saat, maka aku takut Dia melihatku dalam keadaan aku berbuat maksiat. Dan aku tahu maut menungguku, maka aku mempersiapkan diriku untuk bertemu Allah..."

Cukuplah dia tahu...
Cukuplah dia tahu rezeki yang ditentukan Allah untuknya adalah khusus untuknya...
Cukuplah juga dia tahu amalannya takkan ada selagi DIA SENDIRI tak meng"ADA"kannya...
Ya, dia diberi pilihan untuk beramal...atau tidak beramal..
Dia tahu kalau dia beramal...dia untung dengan mendapat redha Allah..
Dia tahu kalau dia tidak beramal....dia rugi serugi-ruginya...
dan sudah pastilah dia tahu kalau dia beramal atau tidak beramal... ALLAH tak rugi atau untung apa-apa... (jadi, dia nak rugi atau untung?)

Cukuplah dia tahu Allah sentiasa memerhatikannya,
maka dia takut untuk bermaksiat.... (malunya pada Allah)..
Cukuplah dia tahu dia akan mati bila-bila masa,
jadi dia prepare awal-awal...
siapkan bekalan, percantikkan dirinya untuk bertemu Kekasih Teragung...
Sebab itu dia gembira...
Sebab itu dia tenang...
Dan dia bahagia...

Bahagia? Di manakah bahagia?
Pada kekayaan harta?
Pada cinta manusiawi?
Pada keluasan ilmu?

Pakar motivasi ada mengatakan...
"Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda"

Dan Nabi SAW juga ada bersabda:
"Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Semuanya baik, baik, dan baik... Apa yang Allah pilih untuk kita ni semuanya baik.. Dan Allah pilih Islam untuk kita. Orang yang beriman, bila diberi kesenangan mereka bersyukur dan tidak kufur dengan kesenangan itu. Bilamana diuji dengan kesusahan pula mereka redha dan sabar, tidak terlintas di hati untuk menyalahkan Tuhan, tidak terlintas di hati untuk berputus asa meraung-raung mengenang nasib, membunuh diri.........astaghfirullah....

Bahagia itu adalah kepuasan hati...

Tapi, pernah ke manusia ni puas hati?
Manusia tak pernah rasa puas...
Selagi manusia hidup atas dunia...ia pasti berhadapan dgn kekurangan..
Kurang cantik, kurang popular, kurang kaya.... macam-macam...

REDHA lah...
Bahagia itu ada pada sifat redha..
bila redha, hati tenang..

dan ketenangan itu adalah BAHAGIA..
BAHAGIA itu dari Allah...
mintalah dariNYA...


free palestine left

free palestine