Syafahullah


Assalamualaikum..
Semalam saya dikejutkan dengan mesej dari mak saya, mengatakan bahawa ayah dibawa ke emergency unit di HKT...presented with palpitations, anxiety, and angina pectoris radiated to back and neck. Tapi, once bila doctor dah buat ECG, BP dan Urine test, hasilnya semua normal.
Jadi, ayah tak dimasukkan ke ward dan tidak diberi apa2 rawatan/ubat.

Dan hari ni, 12 January 2009, saya dikejutkan sekali lagi dengan mesej mak,

"Ayah admitted to CCU (Coronary Care Unit), HKT becoz of heart attack post infarc ptg ni."

Innalillah...wa inna ilaihi raji3un...

Saya terus call mak..
9.20p.m (waktu malaysia)... Mak saya dalam perjalanan ke HKT bersama Mama Nun, Mak Ngah dan Abg Di... Mak pesan pada saya, doakan kesihatan ayah, jangan lupa baca yasin untuk ayah, dan solat hajat minta Allah sihatkan ayah... Mak juga pesan suruh saya bagitau Da dan Amir di Mesir..
I called my sister, told her about Ayah...and she cried... Sabar Da.. Ini ujian dari Allah untuk kita sekeluarga..

Ayah,
Ayah kena kuat,
Ujian ini Allah datangkan khas untuk ayah,
Bermakna Allah masih sayang ayah...

Ayah,
Saudara kita di Palestin sekarang juga sedang diuji keimanan mereka..
Mereka lagi menderita dari kita,
Tapi mereka kuat,
Dan kita pun kena jadi kuat seperti mereka,
Apalah sangat ujian di dunia ini jika nak dibandingkan dengan besarnya nikmat di akhirat nanti..

"Semoga Allah memberi kekuatan kepada ayah, dan menyihatkan ayah kembali seperti sedia kala supaya ayah boleh meneruskan hidup ini mencari redha Allah.." Ameen...

2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Semoga ayah Hanis lekas sembuh.
dan moga2 seluruh ahli keluarganya juga tabah menghadapi ujian Allah yg ditimpakan kpdnya.

واستعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

=)

Anonymous said...

Waalaikumussalam wth..
Amiiin..
Terima kasih akak! (^^,)
May Allah help you and be with u all the time!

free palestine left

free palestine