ISLAM ITU INDAH




"Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti 'misykaat' yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca, dan kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati iaitu pohon Zaituun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (nur 3ala nur)... Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang-orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..."

(An-Nur:35)


*misykaat : lubang yang tidak tembus, iaitu suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai ke sebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu atau barang-barang lain.
*pohon Zaituun tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat. Ia tumbuh di puncak bukit, mendapat sinar matahari yang baik pada waktu terbit mahupun ketika terbenam, sehingga pohonnya subur dan menghasilkan minyak yang baik.

Ya 'adheem...
Allah is the Absolute Creator.
May He bless us with His Nuur; HIDAYAH & TAUFEEQ.


"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya dibawa ke syurga dalam rombongan. Sehingga mereka tiba di syurga, pintu-pintunya telah dibukakan untuk mereka. Penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salaaamun 'alaikum (Sejahtera ke atas kamu), berbahagialah kamu! Maka masuklah! Kamu kekal di dalamnya.." [73]

"Dan mereka berkata, 'Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami diperkenankan menghuni syurga di mana saja yang kami kehendaki'.. Maka, itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal..." [74]

"Dan engkau akan melihat malaikat-malaikat mengelilingi 'Arsy, bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, 'Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.." [75]

(Az-Zumar:73-75)

Alhamdulillah, kita diberi nikmat iman dan islam, dua nikmat yang tak ternilai untuk makhluk yang dicipta Allah.

Iman itu percaya, believe.

Islam itu penyerahan diri kepada Allah, submitting your will to Allah swt, The Almighty.

SELURUH ALAM ADALAH ISLAM. Seluruh alam tunduk dan menyerah diri kepada Allah. Alam ini bergerak dengan sistem islam. ITU FITRAH. Kalau langgar fitrah? Apa akan jadi? Kehancuran, sistem alam kucar kacir... CONTOH? Pejuang-pejuang isme (e.g. radikalisme, feminisme etc) yang bergerak menentang fitrah alam, last2 mereka sdiri tenggelam dalam isme2 ciptaan mereka! Mereka nak cepat dlm mencapai matlamat mereka, terburu2... tp fitrah alam tidak berjalan begitu... Sistem alam ini berjalan dgn tenang, tidak terburu2 dalam bergerak mencapai matlamat yang tinggi!

APA MATLAMAT ALAM INI?------> ALLAH!!

Dan islam adalah sistem itu.

Dunia ni hanya persinggahan, akhirat itulah matlamat kita. Kita hanya singgah je kat dunia ni dalam perjalanan kita sbg KITA, mcm kita singgah di R&R... dan dunia ni adalah ujian... yang akan menentukan ke mana kita selepas kita mati...

Nabi-nabi utusan Allah, Daud, Musa, Isa, Muhammad...adalah manusia yg dipilih Allah, utk menjadi PENYAMPAI kpd kata-kata Allah... Islam bukanlah dicetuskan oleh Muhammad...tp Islam adalah dr nabi-nabi yang terdahulu, dan Muhammad adalah penyambung kpd tugas mereka, dan dialah nabi yang terakhir kpd umat manusia. Agama Isa bukanlah Kristian, Agama Musa bukanlah Judaism...tp, mereka bawa ISLAM... Kristian dan Judaism adalah nama yang dicetuskan oleh manusia. Tiada disebut dalam kitab2 mereka, Torah dan Bible. Tp, islam, disebut dalam Quran.
*Muhammad disebut dalam Old Testament versi Hebrew.

MUHASABAH... ARE YOU A TRUE MUSLIM? HOW LONG HAVE YOU BEEN PRACTICING ISLAM BUT YOU STILL HAVE NO IDEA WHY YOU ARE DOING SO? (tanyalah hati sdiri)

Beriman kepada perkara ghaib, menuntut kita untuk percaya kepada kewujudan Allah, kewujudan ciptaan-ciptaan Allah yang tak dapat kita lihat dgn mata kasar, yang dibacakan kepada kita di dalam al-Quran tentang malaikat, jin, syaitan, SYURGA, neraka dll..

Gembira dan tenang tak hati bilamana Allah berbicara dgn kita ttg SYURGA?
MashaAllah....sungguh indah, bukan?
Takmau kah kita tergolong dalam "KAMI" yang dimaksudkan dalam ayat 74 surah az-zumar?

Urusan syurga dan neraka adalah urusan Allah.
Kita sebagai hambaNya perlu berharap, meminta, berdoa, supaya Allah limpahkan RAHMAT NYA yg terbesar ke atas kita...iaitu syurga.
Sape yg taknak masuk syurga kan? (^__^)

LIFE IS SHORT, and AL-JANNAH IS WAITING FOR US!
(this reminds me of Arwa Subhi, my arab friend)

Nastaghfirullah.. wa natuubu ilaih.

1 comments:

mayo said...

Allahu Ghayatuna (^_^)

free palestine left

free palestine