...petikan dari Muntalaq..

.....Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, keji dan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepada agama.”

Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisma. Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….

“Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut....iaitu seni:

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”


manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.

“Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut
Konspirasi ‘penjinakan’ itu memerlukan usaha menekan kesemua da’i Islam. Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara mereka disadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.

Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.

Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.


Ianya telah berlaku.
Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!

Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!

1 comments:

Abg said...

hai... dah lama x bukak blog ke? :P

free palestine left

free palestine