Analogi sebuah puzzlE



Jigsaw puzzles ni sejenis mainan sy gemari watu kecik n sampai sekarang. Hehe.. apa motivasi sy dlm permainan ni hah.. hm... motivasi dia??... ha.. , kan, puzzle ni, bila kita cantumkan puzzle pieces tu, at last akan menghasilkan satu gambar yang menarik.. gambar-gambar tu la yang jadi motivasi sy sbb selalunya gambar2 tu cantik... ada gambar scenery dari nature, bangunan… gambar orang n kalau obses dgn diri sendiri.. boleh je wat gambar kte jadi kepingan puzzles yang boleh dicantumkan utk jd jigsaw puzzle yang lengkap.. tapi jgn tanya sy kat mana nk buat sbb sy pun x tahu kat mana boleh buat.. : -)

Bila terbayangkan sebuah jigsaw yang lengkap, kdg2 kita boleh adaptasikan utk dianalogikan sbg sebuah kehidupan individu. Tapi kenapa sy cakap mcm tu eh..

Pandangan saya,

Setiap puzzle pieces tu adalah sangat bermakna... dan setiap satu keping tu boleh dianggap sbg peristiwa atau orang yang penah hadir dalam hidup kita... kalau 1 keping tu x de, hm... xlengkap kan perjalanan hidup kita.. dan kadang2 setiap yang kita tempuhi atau kita jumpa sebenarnya mempunyai makna tersendiri yang tersirat.

Contohnya, mcm kehadiran seseorang dalam hidup kita.. semuanya telah direncanakan oleh Allah. Mungkin Allah nak menyampaikan sesuatu kpd kita dgn menghadirkan seseorang dalam hidup kita.. kdg2 kita dipertemukan dgn orang cepat marah la katakan.. disitu, kita diuji dan kesabaran adalah penting untuk menghadapi orang semacam itu.. sikap bertanggungjawab jgk perlu sbb sbg seorg kawan kita bertanggungjwb untuk saling menegur dan menasihati terhadap sikap yang kurang menyenangkan yang ada pd sahabat tu.. Begitu juga sebaliknya.. kan kita ni sebagai khalifah..

Anggaplah sifat marah yang ada dalam dirinya adalah satu kekurangan kecil dan cubalah menerima kekuranga tersebut... ha.. mana tahu, mungkin dia ada kelebihan lain yang tidak kita ketahui n mungkin tiada pada diri kita..

Jadi jangan menyesal kalau kita berdepan dengan peristiwa sedih, n apa2 pun yang x best.. sbb ianya akan mengajar kte erti ketabahan, jadikan kte kuat, dan mematangkan diri.

Penah seseorang tny pd sy apakah matang? Hm.. bagi saya, matang adalah satu proses. Proses ape ek..Contohnya, Mcm pokok buah2an, tujuan utama adalah utk dapatkan buah2 matang yang baik.. n kalau digredkan, buah2 tu semuanya Gred A dan boleh dijual. Tapi pelbagai perlu dibuat dan diambilkira utk dapatkan buah yg baik.. drp pemilihan baka lg dah penting.. kemudian cara penanaman... pembajaan yang betul.. hingga ia berbuah dan matang... tapi ianya tak semudah tu kan.. dalam proses pembesaran pokok hingga peringkat berbuah, mesti akan ada penyakit, perosak yang datang menyerang tanaman kte tu. Kalau perosak tu jenis ulat atau jenis yang senang dilihat, takpe.. sbb boleh terus guna racun2 perosak. Tapi cmana kalau penyakit jenis virus yang dtg menyerang tanaman kte.. dah lah x nampak.., powerfull plk tuh.. tgk2 pokok kte dah layu dah..


Biasanya, kalau kita ckp pasal matang, mesti akan reflect tentang umur..tapi adakah buah yang sampai masa matangnya adalah matang.. erm, mesti lah kan... apa la sy ni kan...haha.. dah namanya sampai masa matang, mesti lah matang. Ye2... mungkin ianya matang tapi adakah ianya berkualiti... Sama jgk macm kehidupan kte kn.. Aim kita nak jadi yang terbaik.. muslim yang baik, kalau pekerja, pekerja yang baik, segala2nya yang baik.. dan tidak dpt tidak, islamlah sistem yang terbaik.. dan imanlah immunity terhadap segala ancaman. (Sile rujuk islam itu indah).... :-> Dengan kata lain jugak, matang boleh didefinisikan bila seseorang tahu yang mana baik dan tak baik utk diri, boleh stand up dgn decision sndiri n tahu bila n mcamana nak bertindak dalam any situation. :->


Hm... berbalik pd jigsaw puzzle sy td... kdg2 dlm melengkapkan puzzle tu, ada jugak kan rasa putus asa. Haih.. mana taknya, yela ada sesetengah puzzle yang nk kena dicantumkan 1k pcs sorang2... tapi jangan lah rasa putus asa ye... sbb once kita wat sesuatu benda, jgn kte turn back.. kecuali lah kte buat/involve in smthg yg x baik... dah mmg wajib kte balik ke pangkal jalan kan… hehe.. Semua tu adalah dugaan.. kdg2 dalam kehidupan kte, ujian yg Allah bg membawa hikmah.. dan hikmah yang paling besar adalah kte dapat mendekatkan diri padaNya..

P/s: Jom kte sama2 dekatkan diri pd Allah sbb selangkah kte menghampiri Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita.

0 comments:

free palestine left

free palestine