The Flotilla Men




Pagi itu, dia tidak betah duduk. Tidak juga selesa berbaring.. Cuaca agak panas berbanding hari-hari biasa.. Dia menghantar sahabat-sahabat serumahnya ke pintu depan.. Midterm exam; mereka berdebar, wajah masing-masing pucat lesu, tanda berjaga malam.. Kata-kata semangat dan doa mengiringi mereka.. "Jangan lupa solat hajat dan baca yasin untuk kami, ya!" pesan seorang sahabat.. Dia mengangguk, tersenyum...

Usai solat.. dia duduk di depan komputer ribanya yang agak bermasalah sejak akhir-akhir ni.. Updates..updates.. Ohh.. 12 aktivis Flotilla Malaysia sudah berada di Kedutaan Jordan.. Alhamdulillah..ucapnya dalam hati...tenang sedikit rasa hatinya.. dia meneruskan bacaan Yasin. Habis yasinnya, dia meneruskan bacaan surah As-Saffaat..kali ni bersama maksudnya.

"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan sebagaimana yang kamu dakwakan dulu? Mereka pada hari itu tidak dapat berbuat apa-apa, bahkan mereka menyerah diri dengan hina untuk diadili. Masing-masing menghadap satu sama lain, sambil kata-mengata dan mencela. Pengikut-pengikut berkata kepada ketua-ketuanya: "Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (drp beriman) dengan menggunakan kuasa kamu." Ketua-ketua mereka menjawab: "Tidak! Bahkan kamu sendiri tidak mahu menjadi orang yang beriman! Dan kami tidak mempunyai kuasa memerintah kamu bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui
batas!"" [As-Saaffaat: 25-30]

Sungguh benar kalam Allah ini. Dia thiqah, dia mengimani, bahawa setiap cebisan amal dan perbuatan manusia akan dihisab, dinilai, dan dibalas dengan setimpal. Saudara-saudaranya yang menderita hari ini pasti akan berbahagia di sana nanti. JANJI TUHANNYA ITU PASTI.

Dia mengeluh.. Terlalu berat...terlalu janggal baginya untuk duduk bersahaja tanpa berbuat apa-apa... Ingin sahaja dia terbang ke bumi al-Quds.. Ingin sahaja dia menyertai konvoi Freedom Flotilla itu... bersama-sama mereka melaksanakan mihwar jihad fi sabilillah.. Ahhh... bolehkah dia?? Apakan dayanya...hanya impian yang mampu ditanam. InsyaAllah moga tumbuh berhasil. Dia perlu menguatkan iman dan taqwa di dadanya..Dia perlu menyuburkan tarbiah dalam dirinya yang semakin hari semakin kering.. Dia perlu lebih proaktif dalam harakahnya untuk islam... Jauh menungannya... Dia terlena.. Kata perlu dikota.

***************************************************

1.42p.m. Dia tersedar dari kailulah... 2 mesej diterima dari naqibahnya.

"Salam akhawati, insyaAllah akn ada liqa' dgn Ust Hasanuddin, wakil ikhwah kita, tahanan LL4G, lpas asar kat Amman.."

Dia terkejut berbaur gembira. Ini peluangnya. Dia forwardkan mesej tersebut kepada anak-anak usrahnya pula. Wahh...sekelip mata sahaja dia sudah mendapat respon yang positif dari anak2nya. Semuanya bersemangat utk ke amman. Alhamdulillah......

******************************************************

Rindunya terubat. Bertemu muka, bermesra, bertanya khabar sisters mengembalikan semula semangatnya.. Maklumlah, fatrah exam ini menyebabkan semua orang bertapa di dalam gua.. Makin bersemangat lagi bila mengetahui ada sisters yang turut bersama walaupun esoknya ada exam.. Allahuakbar...

Rohaninya segar... Ustaz memulakan perkongsian dengan rumusan Kitab Haza Ad-Deen dari Syed Qutb... Yang mana menerangkan tabiat agama ini secara ringkasnya... Allah telah mengurniakan kepada manusia di bumi ini dengan Manhaj Rabbani, yang lengkap sempurna meliputi segala sudut kehidupan... dan manhaj ini akan jadi terbiar, terhina bilamana manusia tidak menggemblengkan tenaga mereka. Di sini...perlunya jemaah islam untuk manusia sama-sama menggunakan tenaga mereka dalam mencapai manhaj Rabbani ini melalui tarbiah dan sistem usrah.

Semangatnya membara... Islam semakin bercambah, tumbuh segar.. Dia yakin satu hari nanti Khilafah akan kembali tertegak. Dia yakin satu hari nanti anak-anaknya akan dinaungi payung islam. Melalui perkongsian ustaz, hatinya merasai perasaan itu. Perasaan kebersamaan, seluruh dunia bekerja untuk islam. HAMAS, IHH, JIM, HALUAN, PAS, ISMA dan byk lagi... walau berbeza-beza jemaah, berbeza cara berfikir, berbeza cara bekerja..tapi dia tahu matlamatnya hanya satu...iaitu untuk melihat semula islam memerintah dunia... Peserta-peserta Freedom Flotilla terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan negara... dari SELURUH DUNIA. Dan kebanyakan mereka membawa misi yang sama, MISI KEMANUSIAAN, walaupun berbeza agama.

En. Selamat(kanan) masih lagi memakai baju banduan penjara Israel. Perkongsian mereka meledakkan semangat kami anak-anak muda yang hadir. "Jangan tertipu dengan layanan mereka, penjara sebenar lebih teruk lagi dari yang kami alami.. Itulah yang mereka nak kami propagate kan kepada masyarakat dunia bahawa mereka melayan baik banduan di penjara. Maaf kami tidak mudah diperdaya."-Encik Selamat dan Ustaz Hasanuddin (Wakil elite AqsaSharif).
credits to Azlan Shah

IHH (Insani Yardim Vakfa) tatkala ditanya akan misi ini.... 1st-Masuk Gaza, 2nd-Masuk Gaza, 3rd-Masuk Gaza... Mereka begitu determined. Dia kagum dgn semangat mereka. Keinginan mereka untuk memecahkan tembok kematian yang memisahkan Gaza dari dunia luar begitu meluap-luap.. Dia teringat kata-kata Presiden Turki, Erdogan, "Kami takkan menutup mata dgn tindakan zalim Israel ini, kami akn terus mempertahankan Gaza!"...

Peristiwa ini membuka mata dunia. Israel menjadi lanun di perairan antarabangsa. Bagaimana dengan barang-barang bantuan? Dirampas..? tidak diketahui apakah takdirnya.. Bahan-bahan construction seperti simen, besi2 yang dibawa dalam kapal kargo.. dana-dana, peralatan perubatan, peralatan sekolah..... semuanya sudah pasti menjadi habuan israel....duganya dalam hati......

Kata-kata terakhir ustaz....

"Sekiranya kami dapat berita boleh masuk melalui jalan darat (Rafah) ke Gaza, kami akan terus ke Mesir tanpa pulang ke Malaysia.. Dakwah kena sentiasa ON!"

Terima kasih ayah-ayah.


*****************************************************

7.15pm.. Dia bertolak balik ke Irbid bersama sahabat2nya... Sepanjang perjalanan, ma'thurat dibaca beramai-ramai... Suasana senja sangat indah... Matahari semakin membenamkan dirinya dicelah-celah bukit di Amman... Alhamdulillah.... Dia pulang dengan seribu pengertian, sejuta hasrat dan impian. Moga tercapai hajat dan resolusi semua.



2 comments:

hacksler said...

Bila boleh dpt perkongsian bersama relawan LL4G - part 2??

B.U.G.S said...

fesbuk fesbuk :)
ade videos by abu malik studio.

free palestine left

free palestine