origin of symmetry

Erm… kali ni nk cite pasal permaiann gasing lak lah.. =p ....tahu tak kita cmana permaianan gasing? Apakah material yg perlu ada utk buat gasing ek? Oh... mestilah kena ada kayu yang kuat utk buat badang gasing... dan tali utk buat gasing kita berpusing.. tapi... tahu tak kita ada satu lagi benda yang perlu ada pada gasing.... ape ye?... iaitu paku. Eh... betul ke... kalau betul, nak wat ape dgn paku? Kalau mengikut patik, pakulah yang akan menjadi paksi kepada sesebuah gasing utk dia berpusing... tanpa paku = paksi tu, mesti lah gasing kita tak akan berputar atau menjadi gasing yg lengkap... pastu, kalau dibaling pun, mesti gasing kita akan berputar ke mana2 je.. tanpa ada satu arah sebagai landasannya.

Reflex terhadap kehidupan kita... akidah lah paksi atau bahagian yg terpenting yang menentukan landasan perjalanan kita di permaidani hayat kita sbg seorg muslim. Tanpa akidah yang betul, kita mungkin macam kapas... apabila datang angin dari arah kiri... kita ke kiri dan begitulah juga sebaliknya. Akidah adalah keprcayaan atau keyakinan terhadap Allah sebagai pencipta dan pentadbir segala isi langit dan bumi, keyakinan terhadap sifat2nya serta terhadap segala kekuasaannya, dengan melakukan segala suruhanya n tinggalkan segala larangannya. Asas akikah islam adalah rukun islam dan rukun iman. Dan dengan asas yang kukuh inilah, ianya akan dapat hindarkan diri kita daripada melakukan benda2 yang boleh merosakkan akidah ataupun menjadi seperti kapas yang senang dibawa angin.

0 comments:

free palestine left

free palestine