FIKIR

Tadi di kelas Quran Salam, sedang khusyu' mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dari seorang sahabat, terkenang semula satu ayat yang saya dengar ketika pulang dari menghantar Huda di airport. Masa tu hari sudah senja, dan kami pun sudah kepenatan. Dalam bas, sahabat-sahabat ada yang terlena dek letih perjalanan yang agak jauh, ada juga yang masih berbual-bual.. Saya ambil kesempatan ni untuk melihat pemandangan luar yang indah, sambil merenung, berfikir macam-macam..

Suara Imam yang sedang melagukan ayat Quran bermain-main dalam kepala...

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak kecil, kemudian dibiarkan kamu sampai dewasa lalu menjadi tua. Tetapi di antara kamu ada yang dimatikan sebelum itu. Kami jadikan sedemikian agar kamu sampai ke masa yang ditentukan dan agar kamu memahami hikmah-hikmah kejadian itu dan kekuasaan kami."
(Ghafir : 67)

Senja di Amman

Suasana ketika itu sangat menusuk hati...
Aku dicipta dari benda yang sangat hina...
Tapi, pernahkah aku merasai yang diri aku ini sangat hina?
Pernahkah aku merasai betapa rendahnya aku di hadapan tuhanku?
Aku sombong...
Aku tak pernah sedar yang diri aku ni cukup bertuah..
Aku selalu mengeluh...
Aku tak pernah rasa cukup dengan apa yang tuhan aku kurniakan pada aku...
Aku tamak...
Aku diberikan nikmat yang pelbagai...
Aku diberikan udara secara percuma untuk bernafas...
Kalau lah aku kena bayar setiap harga nafas aku, oh tak berduit aku!
Aku ada dua mata yang boleh melihat..
Aku ada hidung untuk bernafas...
Telinga untuk mendengar..
Akal untuk berfikir..
Bukankah semua itu nikmat yang besar dari tuhanku?
Tapi..
Aku buat apa dengan nikmat-nikmat tu?
Aku salah gunakan...
Aku menzalimi diri aku sendiri..
Aku guna mata untuk melihat bnda yang tuhan aku tak bagi tgk..
Aku guna telinga untuk dengar bnda yg mungkin boleh merosakkan hati aku..
Aku guna akal untuk fikir perkara-perkara yang merugikan aku...


Allah bagi akal untuk kita fikir..
Bukan Allah bagi saja-saja...
Bukan untuk kita fikir macam mana nak jatuhkan org tu, macam mana nk balas dendam, macam mana nk buat bnda2 yang bertentangan dengan Islam, dengan fitrah...

Allah bagi akal untuk kita fikir...
Fikir apa?
Oh, fikir apa?
Fikir apa ye?

Sudah terang lagikan bersuluh..
Apa di sekeliling kamu?
Apa di sekitar kamu? (at the moment)
Apa di belakang kamu? (sejarah)
Apa di depan kamu? (future)
dan..
fikirlah..
bukti-bukti yang Allah dh turunkan..
semuanya ada di sekeliling kamu..
ALQURAN
MAKHLUK
PERISTIWA

andainya semua tu tiada apa-apa makna bagimu, maka, kamu sudah puas hatikah dengan hidupmu skrg?
ada apa dgn hidupmu?
apa tujuan hidup nya seorg insan yg bergelar kamu pd hr ini?
sia-sia kah?
kamu lahir, membesar, tua dan mati...itu saje kah?

kenapa Allah pilih kamu untuk disenyawakan dalam rahim ibumu?

::FIKIR::RENUNG::

astaghfirullah

0 comments:

free palestine left

free palestine