A Reminder

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah kah kamu, kamu dan kamu terfikir ttg kehidupan selepas mati?
Pernahkah kamu terfikir ke manakah kamu akan pergi selepas kamu dibangkitkan dari kubur?
Pernahkah kamu terfikir syurga atau nerakakah yang akan kamu perolehi?

Syurga? Layakkah kamu? Layakkah kamu dengan pengorbanan yang secebis cuma berbanding dengan pengorbanan Nabi saw dan jua pengorbanan para sahabat, para syuhada'?

Neraka? Berdayakah kamu, tegarkah kamu untuk menepis azab neraka yang tidak diketahui sebesar mana, sepedih mana dan selama mana itu?

Astaghfirullah..
Kita mengaku beriman dgn perkara ghaib...mengaku beriman dgn syurga dan neraka...
Tp, adakah kita mengenali itu semua?
Terlalu sedikit pengetahuan kita ttg itu..
Dan bila disebut, bila diceritakan ttg neraka, timbulkah rasa gerun di hati?
Timbulkah rasa takut di hati?

"Eh, tak baiklah buat mcm tu, nnti masuk neraka"
"Oh, ye ke?"
...........................
Beginikah kita?

::SEDIKIT PERINGATAN::


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana kepanasannya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang -orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya y ang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' ( iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang -orang munafik, dan orang -orang yg kafir setelah diturunkan hidang an mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sed ang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terang kan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang -orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:

'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

2 comments:

ScArLeT......=) said...

waaaaaa......trus post..
bagosnyeh....(^^,)
hurm..
sy rasa ramai yg tahu ttg pkara azab neraka ni..
tp sejauh mne kita menghayati erti sbenar azab???
erti sbenar kematian???
haih..peringatan buat diri ini jua..(T_T)..yg sering leka...

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
(Bukhari dan Muslim)

B.U.G.S said...

ade satu hadis qudsi:

"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu sendiri pun tak dapat bertahan dengan panas terik matahariku"

fikir
renung
.......

free palestine left

free palestine