origin of symmetry

Erm… kali ni nk cite pasal permaiann gasing lak lah.. =p ....tahu tak kita cmana permaianan gasing? Apakah material yg perlu ada utk buat gasing ek? Oh... mestilah kena ada kayu yang kuat utk buat badang gasing... dan tali utk buat gasing kita berpusing.. tapi... tahu tak kita ada satu lagi benda yang perlu ada pada gasing.... ape ye?... iaitu paku. Eh... betul ke... kalau betul, nak wat ape dgn paku? Kalau mengikut patik, pakulah yang akan menjadi paksi kepada sesebuah gasing utk dia berpusing... tanpa paku = paksi tu, mesti lah gasing kita tak akan berputar atau menjadi gasing yg lengkap... pastu, kalau dibaling pun, mesti gasing kita akan berputar ke mana2 je.. tanpa ada satu arah sebagai landasannya.

Reflex terhadap kehidupan kita... akidah lah paksi atau bahagian yg terpenting yang menentukan landasan perjalanan kita di permaidani hayat kita sbg seorg muslim. Tanpa akidah yang betul, kita mungkin macam kapas... apabila datang angin dari arah kiri... kita ke kiri dan begitulah juga sebaliknya. Akidah adalah keprcayaan atau keyakinan terhadap Allah sebagai pencipta dan pentadbir segala isi langit dan bumi, keyakinan terhadap sifat2nya serta terhadap segala kekuasaannya, dengan melakukan segala suruhanya n tinggalkan segala larangannya. Asas akikah islam adalah rukun islam dan rukun iman. Dan dengan asas yang kukuh inilah, ianya akan dapat hindarkan diri kita daripada melakukan benda2 yang boleh merosakkan akidah ataupun menjadi seperti kapas yang senang dibawa angin.

The Flotilla Men




Pagi itu, dia tidak betah duduk. Tidak juga selesa berbaring.. Cuaca agak panas berbanding hari-hari biasa.. Dia menghantar sahabat-sahabat serumahnya ke pintu depan.. Midterm exam; mereka berdebar, wajah masing-masing pucat lesu, tanda berjaga malam.. Kata-kata semangat dan doa mengiringi mereka.. "Jangan lupa solat hajat dan baca yasin untuk kami, ya!" pesan seorang sahabat.. Dia mengangguk, tersenyum...

Usai solat.. dia duduk di depan komputer ribanya yang agak bermasalah sejak akhir-akhir ni.. Updates..updates.. Ohh.. 12 aktivis Flotilla Malaysia sudah berada di Kedutaan Jordan.. Alhamdulillah..ucapnya dalam hati...tenang sedikit rasa hatinya.. dia meneruskan bacaan Yasin. Habis yasinnya, dia meneruskan bacaan surah As-Saffaat..kali ni bersama maksudnya.

"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan sebagaimana yang kamu dakwakan dulu? Mereka pada hari itu tidak dapat berbuat apa-apa, bahkan mereka menyerah diri dengan hina untuk diadili. Masing-masing menghadap satu sama lain, sambil kata-mengata dan mencela. Pengikut-pengikut berkata kepada ketua-ketuanya: "Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (drp beriman) dengan menggunakan kuasa kamu." Ketua-ketua mereka menjawab: "Tidak! Bahkan kamu sendiri tidak mahu menjadi orang yang beriman! Dan kami tidak mempunyai kuasa memerintah kamu bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui
batas!"" [As-Saaffaat: 25-30]

Sungguh benar kalam Allah ini. Dia thiqah, dia mengimani, bahawa setiap cebisan amal dan perbuatan manusia akan dihisab, dinilai, dan dibalas dengan setimpal. Saudara-saudaranya yang menderita hari ini pasti akan berbahagia di sana nanti. JANJI TUHANNYA ITU PASTI.

Dia mengeluh.. Terlalu berat...terlalu janggal baginya untuk duduk bersahaja tanpa berbuat apa-apa... Ingin sahaja dia terbang ke bumi al-Quds.. Ingin sahaja dia menyertai konvoi Freedom Flotilla itu... bersama-sama mereka melaksanakan mihwar jihad fi sabilillah.. Ahhh... bolehkah dia?? Apakan dayanya...hanya impian yang mampu ditanam. InsyaAllah moga tumbuh berhasil. Dia perlu menguatkan iman dan taqwa di dadanya..Dia perlu menyuburkan tarbiah dalam dirinya yang semakin hari semakin kering.. Dia perlu lebih proaktif dalam harakahnya untuk islam... Jauh menungannya... Dia terlena.. Kata perlu dikota.

***************************************************

1.42p.m. Dia tersedar dari kailulah... 2 mesej diterima dari naqibahnya.

"Salam akhawati, insyaAllah akn ada liqa' dgn Ust Hasanuddin, wakil ikhwah kita, tahanan LL4G, lpas asar kat Amman.."

Dia terkejut berbaur gembira. Ini peluangnya. Dia forwardkan mesej tersebut kepada anak-anak usrahnya pula. Wahh...sekelip mata sahaja dia sudah mendapat respon yang positif dari anak2nya. Semuanya bersemangat utk ke amman. Alhamdulillah......

******************************************************

Rindunya terubat. Bertemu muka, bermesra, bertanya khabar sisters mengembalikan semula semangatnya.. Maklumlah, fatrah exam ini menyebabkan semua orang bertapa di dalam gua.. Makin bersemangat lagi bila mengetahui ada sisters yang turut bersama walaupun esoknya ada exam.. Allahuakbar...

Rohaninya segar... Ustaz memulakan perkongsian dengan rumusan Kitab Haza Ad-Deen dari Syed Qutb... Yang mana menerangkan tabiat agama ini secara ringkasnya... Allah telah mengurniakan kepada manusia di bumi ini dengan Manhaj Rabbani, yang lengkap sempurna meliputi segala sudut kehidupan... dan manhaj ini akan jadi terbiar, terhina bilamana manusia tidak menggemblengkan tenaga mereka. Di sini...perlunya jemaah islam untuk manusia sama-sama menggunakan tenaga mereka dalam mencapai manhaj Rabbani ini melalui tarbiah dan sistem usrah.

Semangatnya membara... Islam semakin bercambah, tumbuh segar.. Dia yakin satu hari nanti Khilafah akan kembali tertegak. Dia yakin satu hari nanti anak-anaknya akan dinaungi payung islam. Melalui perkongsian ustaz, hatinya merasai perasaan itu. Perasaan kebersamaan, seluruh dunia bekerja untuk islam. HAMAS, IHH, JIM, HALUAN, PAS, ISMA dan byk lagi... walau berbeza-beza jemaah, berbeza cara berfikir, berbeza cara bekerja..tapi dia tahu matlamatnya hanya satu...iaitu untuk melihat semula islam memerintah dunia... Peserta-peserta Freedom Flotilla terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan negara... dari SELURUH DUNIA. Dan kebanyakan mereka membawa misi yang sama, MISI KEMANUSIAAN, walaupun berbeza agama.

En. Selamat(kanan) masih lagi memakai baju banduan penjara Israel. Perkongsian mereka meledakkan semangat kami anak-anak muda yang hadir. "Jangan tertipu dengan layanan mereka, penjara sebenar lebih teruk lagi dari yang kami alami.. Itulah yang mereka nak kami propagate kan kepada masyarakat dunia bahawa mereka melayan baik banduan di penjara. Maaf kami tidak mudah diperdaya."-Encik Selamat dan Ustaz Hasanuddin (Wakil elite AqsaSharif).
credits to Azlan Shah

IHH (Insani Yardim Vakfa) tatkala ditanya akan misi ini.... 1st-Masuk Gaza, 2nd-Masuk Gaza, 3rd-Masuk Gaza... Mereka begitu determined. Dia kagum dgn semangat mereka. Keinginan mereka untuk memecahkan tembok kematian yang memisahkan Gaza dari dunia luar begitu meluap-luap.. Dia teringat kata-kata Presiden Turki, Erdogan, "Kami takkan menutup mata dgn tindakan zalim Israel ini, kami akn terus mempertahankan Gaza!"...

Peristiwa ini membuka mata dunia. Israel menjadi lanun di perairan antarabangsa. Bagaimana dengan barang-barang bantuan? Dirampas..? tidak diketahui apakah takdirnya.. Bahan-bahan construction seperti simen, besi2 yang dibawa dalam kapal kargo.. dana-dana, peralatan perubatan, peralatan sekolah..... semuanya sudah pasti menjadi habuan israel....duganya dalam hati......

Kata-kata terakhir ustaz....

"Sekiranya kami dapat berita boleh masuk melalui jalan darat (Rafah) ke Gaza, kami akan terus ke Mesir tanpa pulang ke Malaysia.. Dakwah kena sentiasa ON!"

Terima kasih ayah-ayah.


*****************************************************

7.15pm.. Dia bertolak balik ke Irbid bersama sahabat2nya... Sepanjang perjalanan, ma'thurat dibaca beramai-ramai... Suasana senja sangat indah... Matahari semakin membenamkan dirinya dicelah-celah bukit di Amman... Alhamdulillah.... Dia pulang dengan seribu pengertian, sejuta hasrat dan impian. Moga tercapai hajat dan resolusi semua.



WHen LiFe GiveS you LemONS, Accept them and Be Gr8fuL


Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. That evening, mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of dad. I remember waiting to see if anyone noticed.

All dad did was reach for his biscuit, smiled at mom and asked me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and ate every bite.

When I got up from the table, I remember hearing mom apologize to dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.

Later that night, I went to kiss Daddy good night and asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else.

What I've learned over the years is that learning to accept each others' faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Because in the end, you are the master of your own life, to be happy or unhappy, to be positive or negative.


We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship , be it a husband-wife or parent-child or friendship.

Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own.

So please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine ... :) =p

gloomy

Courage is not limited to the battlefield. The real tests of courage are much quieter. They are the inner tests, like enduring pain when the room is empty or standing alone when you're misunderstood.

a piece from muqaddimah zilal

"..aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi, dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuda-pemuda jahiliyah berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak..."
........Syed Qutb

If u dont start it, u wont get it!




Assalamualaikum (^__^)...

Rindunya pada blog ni... rasa macam dah lama ditinggalkan kesepian... Ohh dah bersawang, berhabuk... Haaa...jom kita bersihkan.... (sebenarnya ade org bersihkan blog ni =p)

Oh ye...kali ni nk bercerita pasal KEK... video kat atas td tu dr ikhwah kita kat Rusia... yg bertajuk Kek Coklat...(sedapnye tajuk..)..Kenapa nk cerita pasal kek?? Hehe....macam biasalah...analogi..... Analogi yang sy dapat dr kak yana, sister dr Malaysia yg dtg jordan ziarah kami tempoh hari...

Hmmm....kamu suka makan kek tak? Sy suka makan kek... Terutamanya kek Betty Crocker perisa French Vanilla...(baca=kek kotak)... Sy tahu mesti ramai yg suka makan kek kan kan??

Kamu pernah buat kek sdiri tak? (baca=bukan kek kotak). Kek yang kamu buat sendiri, yg kamu perlukan segala mcm bahan mentah untuk menghasilkan sebiji kek yang terhidang indah sedia utk dimakan... Kamu perlukan tepung, telur, serbuk penaik, butter, haa ape lagi?? (Ohh sy pandai buat kek kotak je, huhu... takpe2 saya akn belajar buat sdiri)...

Dan bila sebiji kek siap terhidang setelah kamu berpenat lelah, berpeluh2 mengadun, mengacau dan mcm2 lg....sudah pasti kamu akn menjamu org2 yg kamu syg disekeliling kamu, bukan?
Haihhh...panjangnye sy membebel.....

Begitulah tarbiah...
Begitu jugalah dakwah...
Saya dah kenyang makan kek dari kakak naqibah yg sy sayang...
Sekarang sy pula yg perlu berdikari, buat kek sendiri, dan beri makan utk anak2 saya...
(Allah kareem, sahhilnaa)

Ye, kek di sini ialah ape yang kamu ingin sampaikan kpd saudara2 kamu, kepada org2 disekelilingmu ttg islam, ttg fikrah islam yg kamu dapat...dengan cara yang paling mudah dan menarik utk mereka faham. Supaya mereka jelas, JELAS, dan JELAS dengan FIKRAH INI.
(percayalah bila dh jelas konfem mereka akn melompat2 nk buat kerja =p...ohh sy pn nk jgk!!)

Nak buat kek, perlu bahan mentah e.g tepung, telur, air, minyak, butter etc...Mcm tu jgklah bila kita nk smpaikan dakwah (usrah, daurah, etc).....Kita bagi kek kat anak2 usrah. Bukan bagi bahan mentah, nah ambik tepung, telur etc bwk balik rumah buat sdiri!!

Naqibah/da'ie kena rajin baca bahan mentah (tafsir, hadis, sirah, tauhid etc) in advanced, adunkan semua, relatekan setiap satu supaya terbentuknya satu fikrah yg kita nk bawa. Mcm ni lagi senang utk anak2. Lagi jelas insyaAllah.

Ohh, naqibah kena gigih, kena pndai manage masa (sy kena lebih berusaha!!!!)
Jom buat kek sama2 ^___^

Ya Allah, kau permudahkanlah jalan utk kami menuju kepadaMu.
Kau thabatkan hati kami pd jalan ini.
Janganlah kau palingkan hati kami dari jalan ini, terpedaya dengan perhiasan dunia yg sementara...



p/s: ini hanyalah salah satu cara dakwah dari beribu2 cara. (^___^)v

Analogi sebuah puzzlE



Jigsaw puzzles ni sejenis mainan sy gemari watu kecik n sampai sekarang. Hehe.. apa motivasi sy dlm permainan ni hah.. hm... motivasi dia??... ha.. , kan, puzzle ni, bila kita cantumkan puzzle pieces tu, at last akan menghasilkan satu gambar yang menarik.. gambar-gambar tu la yang jadi motivasi sy sbb selalunya gambar2 tu cantik... ada gambar scenery dari nature, bangunan… gambar orang n kalau obses dgn diri sendiri.. boleh je wat gambar kte jadi kepingan puzzles yang boleh dicantumkan utk jd jigsaw puzzle yang lengkap.. tapi jgn tanya sy kat mana nk buat sbb sy pun x tahu kat mana boleh buat.. : -)

Bila terbayangkan sebuah jigsaw yang lengkap, kdg2 kita boleh adaptasikan utk dianalogikan sbg sebuah kehidupan individu. Tapi kenapa sy cakap mcm tu eh..

Pandangan saya,

Setiap puzzle pieces tu adalah sangat bermakna... dan setiap satu keping tu boleh dianggap sbg peristiwa atau orang yang penah hadir dalam hidup kita... kalau 1 keping tu x de, hm... xlengkap kan perjalanan hidup kita.. dan kadang2 setiap yang kita tempuhi atau kita jumpa sebenarnya mempunyai makna tersendiri yang tersirat.

Contohnya, mcm kehadiran seseorang dalam hidup kita.. semuanya telah direncanakan oleh Allah. Mungkin Allah nak menyampaikan sesuatu kpd kita dgn menghadirkan seseorang dalam hidup kita.. kdg2 kita dipertemukan dgn orang cepat marah la katakan.. disitu, kita diuji dan kesabaran adalah penting untuk menghadapi orang semacam itu.. sikap bertanggungjawab jgk perlu sbb sbg seorg kawan kita bertanggungjwb untuk saling menegur dan menasihati terhadap sikap yang kurang menyenangkan yang ada pd sahabat tu.. Begitu juga sebaliknya.. kan kita ni sebagai khalifah..

Anggaplah sifat marah yang ada dalam dirinya adalah satu kekurangan kecil dan cubalah menerima kekuranga tersebut... ha.. mana tahu, mungkin dia ada kelebihan lain yang tidak kita ketahui n mungkin tiada pada diri kita..

Jadi jangan menyesal kalau kita berdepan dengan peristiwa sedih, n apa2 pun yang x best.. sbb ianya akan mengajar kte erti ketabahan, jadikan kte kuat, dan mematangkan diri.

Penah seseorang tny pd sy apakah matang? Hm.. bagi saya, matang adalah satu proses. Proses ape ek..Contohnya, Mcm pokok buah2an, tujuan utama adalah utk dapatkan buah2 matang yang baik.. n kalau digredkan, buah2 tu semuanya Gred A dan boleh dijual. Tapi pelbagai perlu dibuat dan diambilkira utk dapatkan buah yg baik.. drp pemilihan baka lg dah penting.. kemudian cara penanaman... pembajaan yang betul.. hingga ia berbuah dan matang... tapi ianya tak semudah tu kan.. dalam proses pembesaran pokok hingga peringkat berbuah, mesti akan ada penyakit, perosak yang datang menyerang tanaman kte tu. Kalau perosak tu jenis ulat atau jenis yang senang dilihat, takpe.. sbb boleh terus guna racun2 perosak. Tapi cmana kalau penyakit jenis virus yang dtg menyerang tanaman kte.. dah lah x nampak.., powerfull plk tuh.. tgk2 pokok kte dah layu dah..


Biasanya, kalau kita ckp pasal matang, mesti akan reflect tentang umur..tapi adakah buah yang sampai masa matangnya adalah matang.. erm, mesti lah kan... apa la sy ni kan...haha.. dah namanya sampai masa matang, mesti lah matang. Ye2... mungkin ianya matang tapi adakah ianya berkualiti... Sama jgk macm kehidupan kte kn.. Aim kita nak jadi yang terbaik.. muslim yang baik, kalau pekerja, pekerja yang baik, segala2nya yang baik.. dan tidak dpt tidak, islamlah sistem yang terbaik.. dan imanlah immunity terhadap segala ancaman. (Sile rujuk islam itu indah).... :-> Dengan kata lain jugak, matang boleh didefinisikan bila seseorang tahu yang mana baik dan tak baik utk diri, boleh stand up dgn decision sndiri n tahu bila n mcamana nak bertindak dalam any situation. :->


Hm... berbalik pd jigsaw puzzle sy td... kdg2 dlm melengkapkan puzzle tu, ada jugak kan rasa putus asa. Haih.. mana taknya, yela ada sesetengah puzzle yang nk kena dicantumkan 1k pcs sorang2... tapi jangan lah rasa putus asa ye... sbb once kita wat sesuatu benda, jgn kte turn back.. kecuali lah kte buat/involve in smthg yg x baik... dah mmg wajib kte balik ke pangkal jalan kan… hehe.. Semua tu adalah dugaan.. kdg2 dalam kehidupan kte, ujian yg Allah bg membawa hikmah.. dan hikmah yang paling besar adalah kte dapat mendekatkan diri padaNya..

P/s: Jom kte sama2 dekatkan diri pd Allah sbb selangkah kte menghampiri Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita.

free palestine left

free palestine